Isnin, 10 September 2012

Tanda-tanda kematian


Tanda-tanda kematian haba
Sekadar berbagi ilmu pengetahuan dari saya seorang musafir yang berkelana di muka bumi Allah ini bertujuan sama-sama mendapat manfaat dari apa yang di kurniakan Allah atas setiap hambanya yang ingin mengetahui. Jika ada salah dan silap dari penyampaian saya ini harap di betulkan, kalau nak betulkan ruangan komen sudah tersedia.
Anas bin Malik r.a berkata Nabi S.A.W bersabda :-
( Man ahabba liqaa Allah, ahabballahu liqaa ’ahu waman kariha liqaa allahi karihallau liqaa ‘ahu, Siapa yang suka bertemu kepada Allah, maka Allah suka menerimanya dan siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah, Allah tidak suka menerimanya )
Abdullah bin Miswar Al-Hasyimi berkata telah datang seorang kepada Nabi S.A.W dan berkata : Saya datang kepadamu supaya engkau ajarkan ilmu-ilmu yang pelik, lalu di tanya oleh nabi S.A.W :-
( Engkau telah berbuat apa terhadap asas ilmu..? Dia bertanya: Apakah asas ilmu..? Nabi S.A.W bertanya : Apakah engkau telah mengenal Tuhan Azza Wajalla..? Jawabnya : Ya, Nabi bertanya: Maka apakah yang telah engkau kerjakan pada hak-nya..? Jawabnya: Apa yang di kehendaki oleh Allah, Lalu di tanya: Apakah engkau mengetahui apakah maut..? Jawabnya: Ya, Maka apakah persiapanmu untuk menghadapinya..? Jawabnya masya Allah. ( Yakni apa yang dapat di kerjakan ).

Nabi S.A.W bersabda:
” Laksanakan itu sebenar-benarnya kemudian kamu kembali untuk saya ajarkan kepadamu ilmu yang ganjil-ganjil. Kemudian setelah beberapa tahun ia datang kembali maka Nabi S.A.W bersabda kepadanya: Letakkan tanganmu di dadamu ( di hatimu ), maka apa yang engkau tidak suka untuk dirimu, jangan lakukan terhadap saudaramu sesama muslim, lakukanlah yang sedemikian terhadap saudaramu sesama muslim. Dan ini termasuk dari ghoraibul ilmi ( Ilmu yang pelik-pelik ).
Firman Allah di dalam surah Az-Zumar:
( Innaka mayyitun wa innahum mayyitun, Engkau akan mati dan mereka juga akan mati)
Penulis sendiri pernah melihat seseorang yang sedang dalam  keadaan sakaratulmaut dimana kakinya membiru sikit demi sedikit, saya berkata kepada saudaranya yang dia sedang dalam sakaratulmaut, dia bertanya kepada saya macam mana kamu tahu..? Saya tunjukkan padanya yang kaki saudaranya membiru sikit demi sikit dari hujung kaki naik ke kepala, waktu kakinya membiru sikit demi sikit kakinya sudah tidak boleh bergerak lagi, hanya mata saja yang melihat ke kiri dan ke kanan, dan dalam beberapa minit suadaranya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Adapun tanda-tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak itu sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya umpama daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi mereka yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa kita untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT iaitu Loudh Mahfuz. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Sesekali akan terjadi Malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak berselera untuk makan, dan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang terasa tanda ini hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Bersedialah dengan bekal yang secukupnya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke ahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali Kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Ibn Mas’ud r.a berkata Nabi S.A.W di tanya:-
( Siapakah mukmin yang utama..? Jawab Nabi S.A.W,: Yang terbaik budi dan akhlaknya. Dan mukmin yang manakah yang terkaya..? Yang banyak ingat mati, dan baik persediaannya)

Nabi S.A.W bersabda:-
( Orang yang sempurna akal ialah yang selalu bermuhasabah dirinya beramal untuk bekal sesudah mati. Sedang orang yang bodoh ialah yang selalu menurutkan hawa nafsunya, dan mengharap pengampunan Allah.( Yakni tanpa amal 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan